i. |
Projek Tanaman Sayur-Sayuran (PSV) |
| |
Selaras dengan usaha meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, PPK telah menyediakan infrastruktur kalis serangga untuk menanam sayur-sayuran supaya ahli peladang berjaya mengeluarkan hasil yang optimun.
Lokasi Projek : Stesen Jabatan Pertanian Rampangi |
ii. |
Projek Pengeluaran Benih Ikan |
| |
Aktiviti ini dilaksanakan untuk memudahkan para penternak mendapatkan bekalan benih yang terjamin dan harga yang berpatutan. Benih ikan yang dibekalkan adalah Siakap, Tilapia dan Keli. |
iii. |
Projek Pembekalan Input Pertanian dan Infrastruktur Ladang |
| |
Aktiviti pembekalan ini bertujuan untuk memudahkan para peladang mendapatkan keperluan bekalan ladang dan lain-lain keperluan pertanian yang bermutu dan terjamin. |
iv. |
Projek Kontrak Sistem Perolehan Input Pertanian (SPIP) |
| |
Aktiviti ini adalah kontrak membekal input pertanian kepada petani yang layak menerima bantuan subsidi kerajaan. Dahulunya aktiviti ini dikenali sebagai “Farmer-Managed Fertilizer Input Purchase System”. |
v. |
Projek Pengedaran Skim Baja Padi Kerjaan Persekutuan (SBPKP) |
| |
Aktiviti ini adalah memudahkan prosess pemberian bantuan kerajaan persekutuan kepada petani yang terlibat dengan program pengeluaran padi. PPK hanya sebagai agen pengedaran baja campuran yang diberikepada pesawah. |
vi. |
Projek Kontrak Kerja /Perkhidmatan |
| |
Projek ini adalah menjalankan kontrak dan perkhidmatan am kepada jabatan kerajaan. |
vii. |
Projek Pemasaran Kedai Runcit (PQ Mart) |
| |
Perkhidmatan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyediakan saluran pemasaran alternatif dan menjadi penggalak kepada aktiviti ahli peladang atau usahawan ahli yang mempunyai produk dan hasil pertanian yang hendak dipasarkan. |
viii. |
Projek Kilang / Pemerosesan (Teh Herba Kacangma) |
| |
Projek ini adalah menyediakan perkhidmatan pemerosesan Teh Herba Kacangma untuk memenuhi keperluan pengeluaran Herba Negara dan juga untuk memberi nilai tambah kepada hasil pertanian yang dikeluarkan oleh ahli peladang. |
ix. |
Projek Resort dan Pusat Latihan / ICT |
| |
Projek ini adalah untuk menyokong perkhidmatan Pelancong, Latihan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. |
x. |
Projek Percetakan |
| |
Aktiviti ini adalah perkhidmatan mencetak bungkusan produk yang dikeluarkan oleh usahawan ahli seperti beras, keropok, tebaloi, lada dan juga buku keahlian peladang. |
xi. |
Projek Sewaan |
| |
Aktiviti ini adalah mengadakan ruang pejabat, tapak untuk betanam sayur dan tapak industri kecil untuk disewa kepada ahli. |