Antara Senarai Aktiviti PPK

  • Projek Tanaman Sayur-Sayuran (PSV)
  • Projek Pengeluaran Benih Ikan
  • Pengurusan & Pembangunan Ahli
  • Pengembangan dan Khidmat Nasihat
  • Kebajikan & Sosial
  • dan sebagainya.
 

Dalam usaha mencapai matlamat PPK untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan dan meningkatkan taraf sosial ahli-ahli, beberapa aktiviti perkhidmatan dijalankan seperti :

 
i.
Pengurusan & Pembangunan Ahli
  Aktiviti ini ialah program pembangunan sumber manusia untuk ahli peladang bagi menjayakan program dan projek pengeluaran makanan. Skop latihan yang diberi adalah untuk merubah minda dan mendapatkan tindakan yang positif mengenai pertanian.

Latihan akan ditumpukan kepada:

  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Sikap dan pembanguan insan
  • Ketrampilan
ii.
Pembiayaan PUP & PPB
  Perkhidmatan ini dilaksanakan untuk membantu menyediakan modal kerja dan infrastruktur sesuatu projek supaya meringankan beban kewangan serta menggalakan ahli peladang mengusahakan projek komersial.

Antara program yang dibiayai ialah:

  • Pembangunan Usahawan Peladang (PUP)
  • Pembangunan Peniaga Bumiputera (PPB)
iii.
Pengembangan dan Khidmat Nasihat
  Perkhidmatan ini adalah bagi membantu para peladang menjayakan projek-projek pertanian ke arah mencapai taraf komersial. Antara skop perkhidmatan ini ialah:
  • Menyalurkan khidmat nasihat teknikal Jabatan dan agensi teknikal kerajaan atau swasta kepada peladang.
  • Memperkenal dan mempromosikan teknologi kepada peladang dengan mengajurkan perjumpaan atau demostrasi kaedah.
iv.
Promosi dan Perayaan
  Aktiviti ini adalah untuk mempromosikan dan mempamerkan tentang pembangunan produk-produk yang berpotensi dan mempunyai kualiti export supaya diterimapakai oleh pengguna dan dapat berdayasaing di pasaran.
v.

Kebajikan & Sosial

  A) Tabung-Tabung
Penubuhan tabung-tabung kumpulan wang seperti tabung kebajikan ahli, tabung kebajikan am, tabung pendidikan ahli dan tabung pemajuan.

Aktiviti-aktiviti tabung:

  • Mengeluarkan sumbangan kepada mangsa bencana alam.
  • Mengeluarkan sumbangan untuk aktiviti kemasyarakatan.
  • Mengadakan lawatan, kursus dan perayaan.
  • Derma kepada masjid, surau, gereja dan sekolah.
  • Sumbangan kepada anak ahli yang berjaya dalam pelajaran.
  • Sumbangan kepada Unit ahli dan ahli yang cemerlang .
  • Mengeluarkan bantuan kepada ahli atau keluarga ahli yang meninggal dunia.

B) Sumbangan Pakaian Seragam
Sumbangan pakaian seragam sekolah kepada anaak-anak ahli yang miskin.

C) Takaful Peladang
Aktiviti ini adalah menyediakan pelan takaful keluarga berkelompok khas kepada ahli peladang. Ini bertujuan menyediakan bantuan kewangan kepada waris danjuga berupaya mewajudkan semangat saling-menjamin dan kerja sesama anggota Pertubuhan Peladang dan ahlinya.